Pages

Tuesday, September 1, 2009

Hati adalah radar yang ajaib

" Pernahkan anda rasa gelisah,tidak tenteram,berdebar-debar,tidak sedap hati, dan
sebagainya???..."


Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman terhadap diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati..

sabda Rasullah S.A.W :
"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. dan daging yang dimaksudkan adalah hati....."

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. disinilah tersimpannya tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. jika hati sesorang itu diisi dengan sifat mahmudah (baik) maka hebatlah seluruh anggota tubuh badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. dan sebaliknya jika hati itu telah dikotori dengan sifat mazmumah (keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu...

Apa-apa pun yang penting tanyalah iman dan sejauhmana kita melakukan kebaikan berdasarkan niat...

No comments:

Post a Comment