Pages

Tuesday, September 1, 2009

Hati adalah radar yang ajaib

" Pernahkan anda rasa gelisah,tidak tenteram,berdebar-debar,tidak sedap hati, dan
sebagainya???..."


Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman terhadap diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati..

sabda Rasullah S.A.W :
"sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka rosak dan kotorlah seluruh anggota badannya. dan daging yang dimaksudkan adalah hati....."

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. disinilah tersimpannya tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. jika hati sesorang itu diisi dengan sifat mahmudah (baik) maka hebatlah seluruh anggota tubuh badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. dan sebaliknya jika hati itu telah dikotori dengan sifat mazmumah (keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu...

Apa-apa pun yang penting tanyalah iman dan sejauhmana kita melakukan kebaikan berdasarkan niat...

gagasan 1 malaysia..



Gagasan 1 malaysia yang diilhamkan oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempunyai pengertian luas kearah pembinan negara Malaysia yang bersatu padu dengan menerima prinsip sedia ada termasuk saling menghormati antara kaum, agama dan hak keistimewaan masing-masing.

1 malaysia adalah tonggak ke arah pencapaian wawasn 2020 dengan bangsa yang bersatu padu dan kuat, selain mampu menjadi pemangkin kepada pembentukan minda yang progresif dan dinamik.

oleh itu, saya sebagai belia malaysia dan anak jati johor, menyuru rakan-rakan untuk bergerak dan menjadikan gagasan ini sebagai wadah dan pemangkin untuk menuju kejayaan...



Terima kasih Malaysia....











Saturday, August 29, 2009

sebagai renugan untuk saudaraku...

10 wasiat Imam Syafie sebelum pulang ke rahmahtullah

-hak kepada diri
-hak kepada malaikat maut
-hak kepada kubur
-hak kepada mungkar dan nakir
-hak kepada Mizan (neraca timbangan amal pada hari kiamat)
-hak kepada sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat
-hak kepada malik (penjaga neraka)
-hak kepada ridhwan (penjaga syurga)
-hak kepada nabi s.a.w.
-hak kepada Allah s.w.t.

sumber rasmi :http://www.muamalah.com/v2.2/?p=178